Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang kehilangan pekerjaan, gaji di potong, overtime dimansuhkan dan banyak lagi masalah yang semuanya melibatkan ekonomi anda terjejas. Di sini kami ingin mengambil kesempatan menawarkan satu peluang perniagaan yang semakin hangat dan semakin laris di pasaran ketika ini. Untuk makluman anda...
Di zaman dahulu, buah Mengkudu@Noni ini pertama kali dipakai sebagai bahan perubatan tradisional di Kepulauan Pasifik Selatan, kemudian di Cina dan di India. Setelah itu,buah Mengkudu@Noni ini di pindahkan ke Tahiti, Hawaii. Di kalangan masyarakat Hawai, buah Mengkudu@Noni dianggap sebagai The Magic Fruit atau buah ajaib kerana khasiat yang dikandung buah Mengkudu@Noni sangat tinggi. Rahsia buah Mengkudu@Noni mulai terungkap ketika terjadi Perang Dunia ke dua. Ketika itu tentera yang berada di Kepulauan Polynesia, Tahiti diberikan buah Mengkudu@Noni oleh penduduk setempat untuk menghindari rasa letih dan untuk memperkuat tubuh. Seluruh kandungan buah Mengkudu@Noni dipercayai mempunyai khasiat yang sangat tinggi untuk perubatan.
Buah Mengkudu@Noni (Morinda citrofolia) mempunyai lebih dari 80 spesies, yang tersebar di kawasan hutan tropika.. Walau begitu, buah Mengkudu@Noni yang terdapat di Kepulaunan Polynesia,Tahiti dipercayai mempunyai nilai dan khasiat perubatan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan daerah lain, kerana kawasan tersebut belum tercemar. Tahiti merupakan kawasan pengeluaran buah Mengkudu@Noni yang terpenting dan terbesar di dunia.
Penggunaan Tradisional Buah Mengkudu@Noni di Beberapa Masyarakat di Dunia
Buah Mengkudu@Noni banyak ditemui di beberapa negara seperti, Australia, Selandia Baru, India dan lain-lain mempunyai nama yang berbeza di setiap tempat. Walaupun begitu, masyarakat di tempat-tempat ini masing-masing menggunakan buah Mengkudu@Noni ini sebagai ubat untuk menyembuhkan berbagai penyakit.
Misalnya di Kepulauan Karibia, buah Mengkudu@Noni disebut pohon penahan sakit (pain killer tree) kerana kegunaanya untuk meredakan rasa sakit seperti bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan lain-lain. Sedangkan di Asia Tenggara, pohon yang sering disebut "nnhau" itu digunakan untuk mengubati penyakit mulut dan gusi.
Masyarakat di Filipina percaya buah Mengkudu@Noni dapat membersihkan usus terutamanya menghindari perut daripada parasit. Masyarakat Melayu baik yang berada di Malaysia mahupun Indonesia menggunakan buah Mengkudu@Noni untuk mengubati gangguan ketika buang air kecil, diabetes, batuk, dan pendarahan. Sedangkan masyarakat Myanmar gemar pula memasak gulai buah Mengkudu@Noni yang masih muda dan buah Mengkudu@Noni yang telah matang akan dimakan mentah bersama garam.
Pati Mengkudu atau Noni Enzim (Nama saintifik : Morinda citrifolia) memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. Ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman. Ciri-ciri anti-radikal bebas yang terdapat didalam Noni Enzim, berupaya melindungi dari kerosakan jantung dan memperbaiki sistem penghadaman. Bahan-bahan aktif dalam Noni Enzim juga mampu membantu merencatkan sel-sel kanser, mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan kekuatan badan menentang penyakit melalui pengukuhan sistem imunisasi badan seterusnya membaiki sel-sel yang rosak kembali sihat dan berfungsi seperti sediakala.
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Menormalkan tekanan darah
3. Melawan tumor dan kanser
4. Menghilangkan rasa sakit
5. Anti keradangan dan anti alergi
6. Anti bakteria
7. Mengawal tekanan (stress)
8. Mengawal perubahan energi tubuh